blogging-cat

Alkisah tiba-tiba di suatu hari di bulan November, maka tertubuhnya DemamBlog.com. DemamBlog.com diusahakan oleh saya, Cyza Zakaria (owner Cyza Sector). Ini adalah blog tujuan persendirian berbahasa Melayu pertama yang saya buat. Saya bukanlah blogger tegar dan bukan jua blogger full time. Saya hanya part time blogger yang gila blog. Saya anggap blogging sebagai part time saya, hobi saya. Maka, saya ingin memiliki satu blog berbahasa Melayu yang boleh memberi manfaat kepada sesiapa jua yang membacanya.

Tujuan

Tidak lain dan tidak bukan blog ini adalah untuk saya berkongsi pengalaman dan ilmu tentang blog serta cara dan strategi memperoleh sedikit sebanyak pendapatan melalui blog. Mungkin sekali-sekala saya selitkan cara lain juga, manalah tahu kan…

Langgan

Sekiranya anda baru dalam arena blogging, saya sarankan anda melangganlah dengan post-post saya. Anda boleh lakkukan demikian dengan klik di sini. Nesdaya anda akan sentiasa mendapat update berkenaan ilmu-ilmu blogging dari saya. InsyaAllah.

Laporan percuma

Seiring dengan tertubuhnya blog ini, saya juga melancarkan laporan percuma saya bertajuk “Kisah Benar – Menjana RM1000 sebulan dari blog.” Kalau anda berminat, bolehlah download laporan itu secara percuma di sini.

6AFP7PNVP6VM