Nov
4 Asas Blogging Yang Perlu Anda Ketahui Seawal-awalnya
Terdapat berjuta-juta blog online masa kini, tetapi hanya segelintir saja yang memberi impak dan berjaya menjana pendapatan dengan jayanya dari blog mereka. Adakah anda mahu menjadi pemilikblog biasa-biasa saja? ataupun blog yang meletup-letup? Tahukah anda bagaimana membentuk blog yang hebat? Apakah rahsianya…
Apakah rahsianya?
Jawapannya, sebenarnya tiada rahsia pun!
Sebenarnya sebab mengapa blog-blog tertentu dapat menjana pendapatan dengan hebatnya adalah kerana blogger-blogger tersebut bekerja keras untuk membina dan mem”power”kan blog mereka. Berikut adalah 4 perkara asas yang perlu dilakukan setiap hari:
1. Beli domain dan hosting sendiri
Sekiranya saya boleh undur masa saya ke akhir 2006, dan dengan ilmu yang saya ada, nescaya saya akan membeli domain dan hosting sendiri. Ini adalah keputusan yang tidak dapat tidak harus dibuat sekiranya anda serius membina blog dan ingin menjana pendapatan online. Sekiranya anda tanya mana-mana blogger berjaya pun (atau berpengalaman) , sudah pasti jawapannya sama, dapatkan nama domain dan hosting anda sendiri. Sekiranya anda masih ingin berblog dengan platform blogspot.com mahupun wordpress.com, tidak salah, tetapi kredibiliti anda tidak seutuh sentuhan dot com anda sendiri.
Baiklah, memilih nama domain adalah satu keputusan yang penting dan boleh mempengaruhi trafik sekiranya sesuai dengan niche dan kata kuncinya. Saya berikan suatu contoh: Andaikata anda mahu membina blog dari niche kucing kacukan siam, maka anda perlulah memilih domain berbunyi seperti: www.kucingkacukansiam.com.
Untuk memilih nama domain yang lebih tepat dan lebih berdaya saing untuk niche pilihan anda, saya sarankan anda masukkan keyword niche anda ke dalam Google Keyword Tool. Dengan bantuan Google Keyword Tool, anda boleh menganalisa kata kunci yang anda mahu dan membandingkan permintaan search kata kunci tersebut dalam Google search engine, harga pay per click (ppc), jumlah pesaing dan sebagainya.
Setelah anda berjaya memilih nama domain (selepas analisa keyword), maka surveylah harga nama domain tersebut di godaddy.com atau cheapdomain.com. Saya selalu membandingkan harga antara kedua-dua penjual domain tersebut, kerana nama untuk sebuah nama domain, salah satu pasti akan menjual dengan lebih murah dari harga pasaran. Tetapi, option ini saya rasa lebih sesuai untuk blogger-blogger yang sudah mempunya hosting.
Sekiranya anda betul-betul baru dan belum ada hosting, saya sarankan anda beli nama domain dan hosting dari syarikat yang sama. Bagi newbie (orang baru), saya sarankan yang murah-murah tapi boleh diharap seperti jomhosting. Jomhosting menawarkan pakej hosting dan nama domain yang sangat murah dan mampu milik. Sesudah anda membeli domain dan hosting, maka langkah seterusnya adalah membina isi atau content.
2. Membina isi atau “content” dalam blog
Isi blog adalah sangat penting dan adalah antara faktor yang boleh memutuskan pelawat baru blog samada ingin meneruskan sesi lawatan ke sesuatu blog atau tidak. Secara jujur, saya sendiri akan meneliti sesuatu blog daripada kandungannya. Sekiranya isi kandungan post (entri) adalah bagus, bermanfaat, memberikan dimensi baru dalam pencarian ilmu atau pengalaman, maka saya tidak teragak-agak untuk terus melanggan (subscribe) pada blog tersebut. Bukan apa, kadang-kadang kita sibuk dan tak sempat untuk blog hoping, tetapi kalau kita subscribe terus pada blog tersebut untuk menerima entri-entri baru yang dibuat leh blog tersebut, maka kita akan terus menerima kandungan entri melalui email.
Entri yang berkualiti dan memberi manfaat kepada pembaca. Ini akan mencetuskan pelawat untuk kembali dan terus bertukar menjadi pembaca setia blog anda. Sekiranya isi blog anda kucar-kacir, tidak spesifik dan tiada niche khusus, harapan pelawat untuk kembali bertandang di blog anda adalah tipis sehalus sutera.
Binalah isi blog anda dengan ikhlas, berikan ilmu dan manfaat pada pembaca. Pelajarilah strategi menulis dengan lebih berkesan dalam usaha mewujudkan impak maksima kepada pembaca blog anda. InsyaAllah, dengan isi kandungan yang unik lagi mantap, blog anda akan ada follower.
3. Menarik trafik ke blog
Secanggih mana atau se”gah” mana blog yang anda bina, tetapi kalau tiada pelawat, apalah gunanya. Oleh itu traffik adalah sangat penting seiring dengan pentingnya kualiti sesuatu blog itu. Anda perlu pelajari beberapa teknik mendapat trafik bagi memperkenalkan dan mempersembahkan blog anda pada umum. Cukuplah sekadar saya sebutkan 4 teknik percuma dan berkesan seperti di bawah:
1. Komen marketing – singgah di blog-blog lain dan tinggalkan komen bernas.
2. Manipulasi laman sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace, Frienster etc.
3. Forum marketing – meninggalkan signature anda (blog) yang bakal menarik perhatian orang melawatnya.
4. SEO (search engine optimization) – strategi ini berkemungkinan paling effektif kalau betul caranya.
Strategi memperoleh trafik lain akan dikongsikan pada masa akan datang…
4. Mengumpul RSS subscriber dan list email
Antara kesilapan saya semasa mula-mula berjinak dalam arena blogging adalah tidak mengumpul list. Saya hanya fokus pada meningkatkan subscriber email saya melalui penggunaan Feedburner. Tetapi, saya baru sedar tentang betapa pentingnya mempunyai list email yang besar, yang boleh dikumpul secara serampang dua mata semasa kita berblogging. Kalau internet markerter (IM) ada squeeze page sendiri untuk mengumpul list, adalah baik sekiranya kita melakukan kedua-duanyanya (kumpul email subscriber melalui feedburner dan email list melalui autoresponder) serentak. Ye, anda perlu ada autoresponder dan juga sebuah report menarik /ebook bagi menarik pembaca mendapatkannya dan seterusnya menjadi ahli dalam list anda.
Oleh itu, kiranya anda baru berjinak-jinak dalam dunia blogging, saya sarankan supaya anda kumpul kedua-dua jenis list tersebut. Feedburner adalah percuma dan pembaca bakal mendapat update untuk setiap entri yang anda terbitkan. Manakalan list email bakal membuatkan anda lebih kukuh dan mantap di dalam perniagaan digital dan pemasaran email. Anda mungkin tidak melakukan sebarang pemasaran email pada awalnya, tapi setelah anda bertapak lebih lama, anda mungkin ingin memasarkan sesuatu servis atau produk, maka ini gunanya list email yang anda kumpul melalui autoresponder.
Baiklah, bagi pemula atau newbie, mendapatkan autoresponder sememangnya bakal mengundang rasa gusar kerana komitmen bayaran bulanan. Tak mengapa, bina kredibility blog dulu, lepas itu cipta laporan atau ebook ringkas, dan setelah anda berkemampuan, dapatkan autoresponder mampu milik seperti norabots yang mengenakan bayaran USD9.90 sebulan sahaja. Percayalah, usaha anda mempromosi blog melalui pelbagai saluran trafik berbeza, bukan sahaja membawa pelawat ke blog anda, malah memberikan anda senarai aset besar iaitu list email. Di dalam list email itulah duit sebenar.
——————————————————————————————————————————————-
* Untuk tidak ketinggalan dengan tips-tips blogging berguna, subscribe Demamblog.com. Anda akan menerima artikel-artikel mantap terus hangat ke inbox email anda.



December 27th, 2009 at 10:50 am
ok tak?
Reply
Cyza reply on January 3rd, 2010 5:58 am:
Ok lah tu…hehe
Reply
December 30th, 2009 at 4:01 pm
salam,
saya newbie.. entry ini sesuai utk saya..
tapi apa yg boleh saya tawarkan kpd pembaca utk mendapatkan llist email yg dimaksudkan?
kalau hanya meminta email tanpa apa2 sebagai balasan pasti ianya hambar & tak menarik.. apa nasihat tuan tanah?
Reply
Cyza reply on January 3rd, 2010 5:57 am:
Budeen
Lu perlu tawarkan sesuatu produk atau servis yang bagus dan bermanfaat. Itu je. So, in exchangeget the emails from your readers.Tu je…
Reply
January 5th, 2010 at 11:12 am
Assalamualaikum,
Saya newbie. Ada tak autoresponder yg free?
Reply
Cyza reply on January 5th, 2010 12:48 pm:
Ada. Tapi autoresponder free lagi leceh dan terlalu teknikal. Lebih baik labor pada autoresponder berbayar murah seperti norabot. Saya pun pakai norabots. Kalau awak
nak tau lebih detail pasal norabot, boleh lah email saya.
Reply