Dec
21 Langkah Asas Plan Bertindak Blogging
Sekiranya anda baru dalam arena blogging, adalah baik kiranya anda mendapatkan tunjuk ajar blogger yang lebih berpengalaman. Mereka ini boleh membantu anda mempercepatkan pelancaran, perancangan dan pelaksanaan blog anda. Pergilah ke seminar atau personal coaching program dan timbalah sebanyak ilmu dari mereka. Dengan cara ini, anda akan mengurangi kesilapan dan tidak banyak membuang masa serta tertanya-tanya strategi mana yang hendak diguna pakai.
Baiklah, pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan 21 langkah asas plan bertindak blogging untuk anda. Plan bertindak ini saya susunkan berdasarkan pengalaman sendiri dan saya diintegrasikan melalui bacaan dari beberapa blog dan newsletter. Saya harap, plan bertindak ini membawa manfaat dan gambaran besar yang lebih jelas bagaimana anda boleh menyusun strategi dalam berblogging.
A. Set-up dan Memasang blog
- Fikirkan niche yang sesuai yang mengikut kesukaan/minat anda untuk dikongsikan bersama pembaca. Gunakan free keyword tool untuk mencari kata kunci untuk domain dan juga yang popular pencariannya.
- Setelah itu, dapatkan domain name, cuba cari di godaddy.com atau cheapdomain.com. Kalau boleh bandingkan harga keduanya. Cari kupon supaya boleh dapat diskaun semasa membeli domain tersebut. Kalau anda ada duit dalam paypal atau kredit card, boleh lah beli kat sana. Tapi kalau tiada dan susah, beli saja dari syarikat hosting tempatan seperti jomhosting.net. Bolehlah bayar pakai maybank2u.com.my.
- Pasang blog wordpress menggunakan Fantastico dalam control panel.
- Carilah wordpress theme yang sesuai dari themes.wordpress.net atau search theme yang menarik di Google, tetapi pastikan theme wordpress anda bersesuaian dengan target pembaca anda. Anda juga perlu memilih dan memasang wordpress plugin untuk aksesori blog anda.
B. Membina isi kandungan
- Buatlah 10 entri sebanyak 300 patah perkataan dalam semasa memulakan blog anda.
- Selepas itu, buatlah sebuah entri setiap 2 hari (kalau mampu). Ini supaya blog anda nampak diupdate dan aktif. Pastikan entri anda unique (bukan ditiru atau copy paste). Ini kerana search engine seperti Google menggemari artikel fresh yang unique. Hasilnya… anda mudah di rank oleh search engine dan mudahlah dapat trafik.
C. Dapatkan trafik
- Carilah 10 blog yang sama niche dan buatlah link ke kepada mereka. Anda boleh gunakan Google Blog search.
- Kalau anda betul-betul serius untuk membangunkan blog dan mendapatkan trafik berkualiti, maka buatlah yang berikut:
- Hantar 10 artikel ke ezinearticles.com, ingat ini hanya untuk blog berbahasa English. Ingat juga letakkan blog url di dalam bio box di bawah artickel anda.
- Cari blog yang sama niche dan mempunyai Page rank tinggi dan lakukan yang berikut:
- Gunakan untuk mencari link partners, siapa yang blog dalam niche yang sama. Linkkan blog anda dengan mereka.
- Buat juga link exchange. Kalau mereka sudi
- Tinggalkan komen baik dalam blog2 tersebut. Setiap komen membenarkan link blog anda.
- Daftar dengan mybloglog.com. Copy paste kod widget dan letakka n dalam side bar dalam blog anda
10. Cari forum yang sama niche dnga anda dan lakukan signature marketing. Bergiat dngan aktif dalam forum tersebut. Kalau anda aktiv, orang akan tertanya2, sapa lah ni…bila ada link di signature, mereka pasti jenguk.
D. Mengesan dan menganalisa trafik
11. Daftar akaun percuma dengan Google Analytic.
12. Dapatkan trekking code dan letakkan dalam blog anda
E. Buat duit
13. Daftar percuma dengan Google adsense, kalau blog berbahasa English.
14. Masukkan adsense code setelah lulus.
15. Pohon Text Link Ads (TLA).
16. Pohon sponsored review dan submit blog.
F. Bina page rank anda
17. Bina page rank ke PR3, biasanya paling cepat 3 bulan. Demamblog, syukurlah baru dapat PR3 selepas 40 hari.
18. PR3 akan bawa banyak trafik dan meningkatkan adsense.
19. PR3 akan menarik pengiklan TLA
20. PR3 akan menarik pengiklan untuk sponsoredreview.com
21. PR3 akan menarik lebih banyak pengiklan individu.
Itulah serba sedikit langkah plan tindakan yang boleh anda ikuti. Mungkin anda ada cara lain. Tak kisah lah tu sebab yang penting kalau ada cara yang lebih baik, itu lagi bagus. Yang penting anda pandai intergratekan perancangan dan melaksanakan usaha memantapkan blog anda.
Saya mengalu-alukan pandangan atau perkongsian anda dalam membangunkan blog menjadi blog yang menjana pendapatan.
Selamat Tahun Baru 2010… Jangan lupa ikuti siaran FuhyooFM.com pada malam tahun baru 2010…
——————————————————————————————————————————————-
* Untuk tidak ketinggalan dengan tips-tips blogging berguna, subscribe Demamblog.com. Anda akan menerima artikel-artikel mantap terus hangat ke inbox email anda.

