Dec
21 Langkah Asas Plan Bertindak Blogging
Sekiranya anda baru dalam arena blogging, adalah baik kiranya anda mendapatkan tunjuk ajar blogger yang lebih berpengalaman. Mereka ini boleh membantu anda mempercepatkan pelancaran, perancangan dan pelaksanaan blog anda. Pergilah ke seminar atau personal coaching program dan timbalah sebanyak ilmu dari mereka. Dengan cara ini, anda akan mengurangi kesilapan dan tidak banyak membuang masa serta tertanya-tanya strategi mana yang hendak diguna pakai.
Baiklah, pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan 21 langkah asas plan bertindak blogging untuk anda. Plan bertindak ini saya susunkan berdasarkan pengalaman sendiri dan saya diintegrasikan melalui bacaan dari beberapa blog dan newsletter. Saya harap, plan bertindak ini membawa manfaat dan gambaran besar yang lebih jelas bagaimana anda boleh menyusun strategi dalam berblogging.
A. Set-up dan Memasang blog
- Fikirkan niche yang sesuai yang mengikut kesukaan/minat anda untuk dikongsikan bersama pembaca. Gunakan free keyword tool untuk mencari kata kunci untuk domain dan juga yang popular pencariannya.
- Setelah itu, dapatkan domain name, cuba cari di godaddy.com atau cheapdomain.com. Kalau boleh bandingkan harga keduanya. Cari kupon supaya boleh dapat diskaun semasa membeli domain tersebut. Kalau anda ada duit dalam paypal atau kredit card, boleh lah beli kat sana. Tapi kalau tiada dan susah, beli saja dari syarikat hosting tempatan seperti jomhosting.net. Bolehlah bayar pakai maybank2u.com.my.
- Pasang blog wordpress menggunakan Fantastico dalam control panel.
- Carilah wordpress theme yang sesuai dari themes.wordpress.net atau search theme yang menarik di Google, tetapi pastikan theme wordpress anda bersesuaian dengan target pembaca anda. Anda juga perlu memilih dan memasang wordpress plugin untuk aksesori blog anda.
B. Membina isi kandungan
- Buatlah 10 entri sebanyak 300 patah perkataan dalam semasa memulakan blog anda.
- Selepas itu, buatlah sebuah entri setiap 2 hari (kalau mampu). Ini supaya blog anda nampak diupdate dan aktif. Pastikan entri anda unique (bukan ditiru atau copy paste). Ini kerana search engine seperti Google menggemari artikel fresh yang unique. Hasilnya… anda mudah di rank oleh search engine dan mudahlah dapat trafik.
C. Dapatkan trafik
- Carilah 10 blog yang sama niche dan buatlah link ke kepada mereka. Anda boleh gunakan Google Blog search.
- Kalau anda betul-betul serius untuk membangunkan blog dan mendapatkan trafik berkualiti, maka buatlah yang berikut:
- Hantar 10 artikel ke ezinearticles.com, ingat ini hanya untuk blog berbahasa English. Ingat juga letakkan blog url di dalam bio box di bawah artickel anda.
- Cari blog yang sama niche dan mempunyai Page rank tinggi dan lakukan yang berikut:
- Gunakan untuk mencari link partners, siapa yang blog dalam niche yang sama. Linkkan blog anda dengan mereka.
- Buat juga link exchange. Kalau mereka sudi
- Tinggalkan komen baik dalam blog2 tersebut. Setiap komen membenarkan link blog anda.
- Daftar dengan mybloglog.com. Copy paste kod widget dan letakka n dalam side bar dalam blog anda
10. Cari forum yang sama niche dnga anda dan lakukan signature marketing. Bergiat dngan aktif dalam forum tersebut. Kalau anda aktiv, orang akan tertanya2, sapa lah ni…bila ada link di signature, mereka pasti jenguk.
D. Mengesan dan menganalisa trafik
11. Daftar akaun percuma dengan Google Analytic.
12. Dapatkan trekking code dan letakkan dalam blog anda
E. Buat duit
13. Daftar percuma dengan Google adsense, kalau blog berbahasa English.
14. Masukkan adsense code setelah lulus.
15. Pohon Text Link Ads (TLA).
16. Pohon sponsored review dan submit blog.
F. Bina page rank anda
17. Bina page rank ke PR3, biasanya paling cepat 3 bulan. Demamblog, syukurlah baru dapat PR3 selepas 40 hari.
18. PR3 akan bawa banyak trafik dan meningkatkan adsense.
19. PR3 akan menarik pengiklan TLA
20. PR3 akan menarik pengiklan untuk sponsoredreview.com
21. PR3 akan menarik lebih banyak pengiklan individu.
Itulah serba sedikit langkah plan tindakan yang boleh anda ikuti. Mungkin anda ada cara lain. Tak kisah lah tu sebab yang penting kalau ada cara yang lebih baik, itu lagi bagus. Yang penting anda pandai intergratekan perancangan dan melaksanakan usaha memantapkan blog anda.
Saya mengalu-alukan pandangan atau perkongsian anda dalam membangunkan blog menjadi blog yang menjana pendapatan.
Selamat Tahun Baru 2010… Jangan lupa ikuti siaran FuhyooFM.com pada malam tahun baru 2010…
——————————————————————————————————————————————-
* Untuk tidak ketinggalan dengan tips-tips blogging berguna, subscribe Demamblog.com. Anda akan menerima artikel-artikel mantap terus hangat ke inbox email anda.


December 31st, 2009 at 12:12 pm
Terima kasih atas artikel ni.
Ade jugak benda yang saya baru belajar.
Selamat tahun baru.
Reply
Cyza reply on December 31st, 2009 3:51 pm:
Salam Zairi,
Syukurlah awak memperoleh sesuatu dari entry saya.
Selamat tahun baru to you to
Reply
December 31st, 2009 at 12:18 pm
salam 2010…
terima kasih atas maklumat yg sgt berguna…
Reply
Cyza reply on December 31st, 2009 3:52 pm:
Sama-sama Ain. Harap awak dapat mengaplikasikannya dalam blog awak.
Reply
December 31st, 2009 at 12:19 pm
salam cyza..
tips-tips ni sangat berguna..
dan membantu…untuk sy..
boleh tak kongsi tips mcm mn nk buat
artikel yg fresh tetang sesuatu yg kita tidak tahu..
tanpa copy paste article org lain..?
Reply
Joe reply on December 31st, 2009 12:33 pm:
Em, i think i can suggest 1. “JUST BE YOURSELF”
You will ONLY can write about things BETTER even THE BEST about things that you know.
Nak FRESH, cari apa topik yang biasa orang suka. Not supposed to be ttg perniagaan internet sahaja. Tentang berita semasa pun OK.
Ulasan berita semasa pula jangan ciplak. JUST make it from your heart. Sebab hanya dengan itu orang “suka anda”.
Just my 1 cent.
Reply
Cyza reply on December 31st, 2009 3:56 pm:
Joe,
You are absolutely right.
Jadilah diri kita sendiri. Orang lebih suka personaliti kita yang
original/tulen. Kalau kita buat-buat, maka nampak tak natural dan orangtak minat..
Thanks Joe for your 1 cent
Reply
Cyza reply on December 31st, 2009 3:53 pm:
Aleh,
InsyaAllah saya akan usahakan entri seperti itu. Bagus permintaan awak tu.
Reply
December 31st, 2009 at 1:38 pm
Terima kasih atas maklumat yang diberi. Sesetengah telah diaplikasi
dan hasilnya amat baik. Bagi saya blog kena ada content kualiti baru
pelawat gemar ke blog kita.
Reply
Cyza reply on December 31st, 2009 5:59 pm:
Starline,
Betul tu. Blog mesti ada content yang fresh, baru dan unique. Baru mantap dan search engine suka. Pengunjung blog pun nescaya suka.
Reply
December 31st, 2009 at 4:35 pm
Thanks Cyza…
Artikel ni sgt2 membantu sy sbg seorang newbie.
Sama seperti aleh saya pun nk tau mcm mane nk buat unik artikel yg berkualiti.
Harap Cyza dpt usahakan..
Happy New Year 2010…
Reply
Cyza reply on December 31st, 2009 6:00 pm:
InsyaAllah saya akan usahakan membuat entri cara-cara membuat artikel yang unik.
Reply
January 1st, 2010 at 1:21 am
Saya menghadapi masalah menginstall MyBlogLog di blog2 saya.
Dulu saya pernah letak MyBlogLog widget di blog dengan copy and paste
sahaja, tp sekarang rasanya kena install plugins, betul ke?
Rasanya terdapat PR update baru2 ini tapi tak complete lagi kot.
2 blog saya dari niche finance and health mendapat PR1 setelah berumur
2 bulan.
Namun 2 blog yang lebih tua dari niche sports and tech yang mana saya telah
promote dan buat massive link building masih PR0. Rasa sedih. tak tahu
mana silap. tunggu ajela Pr update complete nanti
Reply
Cyza reply on January 1st, 2010 2:09 am:
Oh, yang saya tahu memang copy paste ko widget mybloglog tu. In fact, untuk blog ini saya masih copy paste widget mybloglog.
Urusan PR ni memang misteri. Saya pun ada blog-blog yang dah lama tapi kena tampar dek Google dengan PR0. Kena slow-slow fahamkan apa yang trik-triknya.
Saya dan rakan-rakan lain masih study dan kalau ada something yang boleh kita kongsikan, insyaAllah kita akan share a case study.
Apa-apa pun, PR update yang ada sekarang ni belum selesai dan stable. Tunggu saja lah.
Reply
January 1st, 2010 at 1:41 am
Blog ini baru ada 4 post dah PR3.. superb
Reply
Cyza reply on January 1st, 2010 2:11 am:
Hmmm…. tapi kena tunggu few more days, kalau maintain PR3, syukurlah. Itu ppun sebab ada beberapa rakan IM/bloggers yang membantu mempromosi demamblog.com seperti
rohaizad.com, smartusaha.com dan lain2.
Terima kasih tak terhingga kepada mereka.
Reply
January 1st, 2010 at 9:33 am
terima kasih….satu panduan yang sangat berguna.harapa dapat share sesuatu yang berguna lagi
Reply
sasa reply on January 1st, 2010 10:16 am:
InsyaAllah…memang saya akan terbitkan beberapa entri yang harapnya dapat membantu pembaca-pembaca sekalian. Semoga awak dapat manfaatnya dan apply ilmu yang ada tu.
Reply
January 2nd, 2010 at 4:58 am
terima kasih penulis!
Reply
Cyza reply on January 2nd, 2010 4:16 pm:
You’re welcome bro…
Reply
January 2nd, 2010 at 10:52 am
Wow, bila baca entry ni rupa-rupanya banyak yang saya xtaw lagi. Entry ni
berjaya memberi input tambahan kepada saya. Syabas diucapkan kepada
saudara. Insyaallah akan saya aplikasikan apa yang diberitahu.
(saya baru nak berjinak-jinak dalam blogging);-)
Reply
Cyza reply on January 2nd, 2010 4:17 pm:
Alhamdulillah… itulah niatnya…nak membantu dan menambah ilmu berblogging anda semua dan saya ke tahap lebih gaban…hehe
Reply
January 2nd, 2010 at 11:03 am
pegh..cepat naik pr3
boleh jadi sifu saya nih
Reply
Cyza reply on January 2nd, 2010 4:17 pm:
Takde hal lah hasbul…
Reply
January 2nd, 2010 at 5:34 pm
tahniah. Bukan senang nak dapat PR3 tu. Apapun. Good luck. All the best!
Reply
Cyza reply on January 2nd, 2010 5:52 pm:
Titan,
Thanks… itu rezeki…dan bantuan rakan2 lain…
Reply
January 4th, 2010 at 12:24 am
Salam…
Terima kasih byk2 kerana memberi tunjuk ajar dan panduan. Ia amat berguna kepada newbie seperti sye dlm mempeljari dan mendalami ilmu berkaitan bisbes di internet. Moga tahun 2010 ini akan memberi makna yg tidak ternilai buat kita semua. Gd luck semua!!!!….
Reply
Cyza reply on January 4th, 2010 3:47 am:
Sama2 Faiz,
Yang penting sekarang awak belajar dan applicakasikan ilmu tu terus ok…
Reply
January 21st, 2010 at 4:18 am
salam, saya nk tya..klu blog kita berbahasa melayu boleh x kita aplikasikan teknik tu.
sy faham artikel mesti la kena b.inggeris. sy nk tau nape blog sy cuma kuar iklan
layanan masyarakat oleh google.sebelum ni ok je.adakah sbb blog saya byk guna
bahasa melayu.
Reply
February 3rd, 2010 at 9:53 am
Pasang blog wordpress menggunakan Fantastico dalam control panel.
saya x faham macam mana nk buat ini…
lgpun nk beli domain tu x sure mcm mana……
harap blh tolong terangkan..
Reply