demamadsense copySelamat tahun baru 2010 kepada semua warga pembaca demamblog.com.

Dalam entri ringkas ini, saya mahu menunjukkan screen shot Google Adsense saya. Bukan niat saya untuk mempamerkan atau bermegah dengan income dari Adsense, tetapi niat saya adalah untuk memberitahu bahawa tidak mustahil mendapat pendapatan bulanan dari Google Adsense. Lagipun, income adsense saya pun takdelah hingga melebihi $200, $300 atau $1000 sebulan, tapi bolehlah, buat belanja runcit beli susu dan barang dapur. Maaf sekali lagi, niat saya hanya untuk menunjukkan yang kita mampu mendapat income dari Adsense dengan cara yang betul.

Screenshot di atas menunjukkan pendapatan google adsense saya pada Yesterday (1/1/2009) iaitu $19.22 dan juga Today (2/1/2009) iaitu $4.92. Jumlah ini jika dicampurkan menjadikan pendapatan Google Adsense saya menjadi sebanyak $24.14 untuk Januari 2009, setelah hanya 2 hari berlalu dalam Januari 2010. Alhamdulillah, seingat saya, income pada 1 Januari itu adalah pendapatan terbesar dalam sehari yang pernah saya peroleh.

Perlu saya tekankan di sini bahawa saya tidak langsung menggunakan unsur blackhat atau greyhat. Malah, saya memang tak tahu guna pun teknik-teknik kotor dan separuh kotor tu. Apa yang saya buat setakat ini, sejak Jun 2006 dulu adalah membangunkan blog pertama saya dalam niche kejuruteraan (menggunakan blogspot.com sahaja), dan sejak dari itu saya pun membangunkan blog-blog lain (gabungan blogspot.com dan domain sendiri berplatformkan wordpress).

Saya sendiri masih belum mencapai target bulanan adsense yang saya setkan pada 2008 dan 2009 lepas. Tapi, takpelah… Yang penting, saya bersyukur memperoleh income dari adsense.

Dalam entri akan datang, saya akan kongsikan tips dan pengalaman bagaimana saya generate income dari adsense. Takdelah rahsia sangat, asasnya saya rasa semua orang pun tahu. Tapi, biasalah, kita lebih suka dan mungkin akan termotivasi bila melihat dan mendengar macam mana orang lain pun boleh dapat macam tu…InsyaAllah, semua orang boleh melakukannya.

Untuk tidak tertinggal entri akan datang, saya jemput anda untuk subscribe demamblog.com melalui email. Ini supaya anda tidak akan ketinggalan semua tips berguna untuk membuat duit melalui demamblog.com. Untuk subscribe, sila klik sini atau isikan form ringkas di sidebar kanan demamblog.com.

——————————————————————————————————————————————-

* Untuk tidak ketinggalan dengan tips-tips blogging berguna, subscribe Demamblog.com. Anda akan menerima artikel-artikel mantap terus hangat ke inbox email anda.