Jan
7 Langkah Pengalaman Adsense Cara Tak Sengaja Saya
Seperti yang dijanjikan, dalam entri ini, saya akan kongsikan pengalaman saya dengan adsense. Seperti yang barangkali anda semua baca dalam laporan percuma saya “Teknik 1000 sebulan”, saya telah menceburkan diri dalam arena blogging peringkat antarabangsa sejak Jun/Julai 2006 dengan sebuah blog berplatformkan blogspot.com. Secara jujur saya katakan, pada waktu itulah saya kenal dengan blog dan tahu yang kita mudah berkongsi cerita atau maklumat melalui blog. Dengan sifak dan tabiat saya yang suka menulis, dan dengan ketiadaan platform untuk berkarya, maka saya mulakan sebuah blog.
Saya daftar dengan blogspot.com, sebuah blog yang bertujuan untuk saya kisahkan pengalaman saya sebagai seorang jurutera kimia. Saya memang teringin share ilmu dan pengalaman saya kepada juniors dan pelajar yang belajar chemical engineering. Bukan apa, sebab pada waktu saya belajar masa degree dulu, saya sendiri blurr dan tak berapa pasti macam mana alam pekerjaan yang bakal saya tempuhi nanti. Sekarang (pada waktu itu) saya dah bergelar jurutera dan ada pengalaman lebih kurang 4-5 tahun, maka saya pun share serba sedikit ilmu dan pengalaman saya.
Saya berblogging dalam bahasa Inggeris kerana ingin perkongsian saya dapat dimanfaatkan oleh pelajar dan jurutera kimia dari seluruh dunia. Pada awal berblogging, saya memang tak tahu menahu tentang adsense. Selepas beberapa ketika baru tahu dan belajar apa itu adsense.
Buat masa itu, saya tak terfikir untuk invest wang saya untuk beli ebook belajar adsense, sebab waktu itu saya pun tak tau darihal kewujudan ebook. Saya minta kawan saya ajarkan, tetapi kawan saya tu suruh saya share kos beli ebook. Saya tak nak dan saya decide untk belajar tentang adsense sendiri. Saya masih ingat waktu itu saya belajar sampai masuk ke forum adsense Indonesia. Kelakar lah pulak… Tapi saya belajar dari hari ke hari sampai saya dapat masukkan code adsense ke dalam blog saya. Bila dah berjaya masuk, saya nampak sedikit pendapatan mulai masuk melalui akaun adsense saya. Alhamdulillah…
Dalam masa 4-5 bulan saya sudah mula merasai wang daripada adsense dan dari situ saya tidak memandang ke belakang. Saya pun menambah beberapa blog yanglebih kurang niche dengan bidang saya. Sehinggalah kini saya mampu memperoleh pendapatan adsense setiap bulan. Walaupun tak banyak tapi, duit juga kan…
Kenapa saya boleh dapat adsense setiap bulan?
Baiklah, di sini saya akan mengupas bagaimana saya boleh jana wang adsense dengan
1. Berblog dalam bahasa Inggeris
Saya berblog dalam bahasa Inggeris. Ini adalah faktor paling penting yang mana memberikan saya peluang pertama untuk memohon adsense, walaupun pada mula saya berblog, saya tak tau pun tentang adsense.
2. Cari Niche yang sesuai
Blog saya ada niche, iaitu niche chemical engineering. Saya memilih niche ini tanpa saya sedari konsep niche. Tapi, saya bersyukur sebab berkat niat saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang chemical engineering, maka semakin hari semakin banyak pembaca blog saya. Saya ingatkan tiada sapa yang berminat baca benda boring tentang chemical engineering.
3. Niche akan memberikan kelebihan nilai CPC
Niche saya adalah chemical engineering, dan pada masa yang sama harga CPC (cost per click) iklan adsense yang muncul di blog saya memang boleh tahan tinggi juga. Memang jarang-jarang saya dapat klik bernilai di bawah 10 cent per click. Susah saya nak katakan dengan tepat berapa harga per click yang selalu saya dapat, maklumlah iklan yang terpapar berubah-ubah kan. So, saya dapat simpulkan yang nilai klik yang biasa saya dapat range dari $0.10 ke $4.00. Dengan kata lain, secara tak sengaja, saya menulis dalam niche dan niche saya itu mempunyai nilai klik yang tinggi. Ini biasa dikenali dengan istilah high paying keyword (HKP).
4. Develop style menulis anda sendiri
Saya berblog/menulis dengan style saya sendiri dan saya lebih kepada bercerita tentang kejadian atau pengalaman. Mungkin pembaca suka cara saya bercerita. Ialah…orang tak berapa suka kalau membaca benda-benda yang macam formal, tapi lebih suka baca kalau artikel tu macam bercerita. So, kemungkinan dengan cara ini saya mendapat pengikut atau pembaca blog saya itu.
5. Blog post / artikel mestilah unik
Dengan menulis sendiri, artikel-artikel saya adalah unik. Maksudnya, tiada siapa-siapa pun ada artikel yang sama seperti saya, kecualilah dia copy paste artikel saya di tempat lain. Bila artikel unik, pakcik google suka. Bila pakcik google suka di gabungkan dengan point #6 di bawah, maka terjadilah point #7.
6. Sentiasa update blog post
Pada 2 tahun pertama, saya sering update blog chemical engineering saya. Waktu itu saya seorang jurutera dan saya dapat selitkan masa untuk berceloteh di blog saya. Ada saja cerita yang saya share kan di blog saya. Maklumlah, saya nak kongsikan pengalaman saya. Kalau tak silap, saya update lebih kurang 3-4 kali seminggu. Kalau ada masa lebih, update banyak sikit. Kalau takde masa, rilekslah…tak payah tension-tension nak tulis post. Itu antara fleksibiliti berblogging…hehe…
7. Blog berada di SERP #1 dengan keyword-keyword tertentu dalam niche
Apabila anda rajin update blog, tulis unik blog post, buat sedikit link building, maka hasilnya sangat-sangat memuaskan. Masa mula-mula saya buat blog, saya selalu juga cari blog saya dalam search engine. Memang tak jumpalah. Tapi kalau sekarang awak cari “chemical engineering blog” atau “chemical engineer blog”, cuba tengok, blog mana yang muncul paling atas? Maaf, saya bukan nak action, tapi saya nak tekankan yang segala-galanya tak mustahil. Saya pun tak sangka saya boleh berada di posisi SERP #1 di #1. Itulah yang banyak membantu trafik dan income adsense saya ===> Organik traffik.
Komentar…
Ada orang tanya, mesti saya dapat beratus ribu trafik sebulan! Well, honestly, trafik saya sehari tak sampai pun 500 unik visitors. Kalau nasib baik dapatlah lebih. Cuma, kerana kebetulan saya memilih niche teknical seperti kejuruteraan kimia, maka saya pun dapatlah kelebihan high paying keywords.
Kesimpulan
So, adakah anda fikir pendapatan dari adsense setiap bulan adalah mustahil? Cuba dulu… dan saya tak kisah kalau awak nak cuba style macam saya. Style orang lain pun ada. So, pandai-pandailah cuba dan eksperimentasi dengan strategi. Tapi ingat, jauhi dari Black hat…berdosa tau…itu cara salah dan bagi saya macam menipu… Ingat kita nak rezeki halal…
——————————————————————————————————————————————-
* Untuk tidak ketinggalan dengan tips-tips blogging berguna, subscribe Demamblog.com. Anda akan menerima artikel-artikel mantap terus hangat ke inbox email anda.



January 26th, 2010 at 1:45 am
salam cyza,
nice artikel,saya selalu mengikuti blog saudara (termasuk cyza.us),
selalunya as silent reader. harap anda success selalu. sy pn baru
mewujudkan satu blog utk saya. http://www.papabiz.net, buat permulaan ia
berkisar tentang internet. spt saudara yang mempunyai blog yg berkisar
ttg kejuruteraa kimia, saya merancang juga mewujudkan satu lg blog yg
berkisar dgn kerjaya saya skrg (SAP Abaper). pada pendapat saudara
adalah OK kalo saya hanya create subdomain daripada web sy skrg ,
cthnyer: http://www.papabiz.net/Abaper? terima kasih.
Reply
January 26th, 2010 at 1:00 pm
best jugak baca cerita bro ni.
memang betul la style bro.
tulis kat blog macam bercerita memang menyeronokkan.
thanks atas tips2 ni
Reply
Cyza reply on January 26th, 2010 11:33 pm:
Baguslah tu…Semoga mendapat manfaat untuk anda semua..
Reply
January 26th, 2010 at 4:49 pm
Kagum.. kagum… hang memang terer
Reply
Cyza reply on January 26th, 2010 11:34 pm:
Bro…mana ada terror…biasa je…Aku just share pengalaman je…
Reply
January 26th, 2010 at 11:36 pm
AWAS!
Jangan letak niche yg tidak kena mengena dgn isi/kontent website kita!
adsense akan “tangkap”… dan akaun kena banned/block! saya dah 2x
kena block (adsense & bidvertiser)
tq.
Reply
Cyza reply on January 27th, 2010 3:20 pm:
Awang,
Thanks for the tips. Secara logikanya, kalau niche mancing, janganlah letak isi pasal teknik pengucapan awam…memang tak masuk niche nya…. Memang sah-sah ada risiko tu…
Reply
January 27th, 2010 at 1:22 am
Salam Cyza.
Saya mmg tak pernah dapat duit melalui adsense. Cuma saya tertarik
dgn niche itu. Macam mencari niche yang profitable untuk dijadikan
blog.
Kebanyakan blog saya adalah general. e.g Kalau blog kesihatan, semua
pasal kesihatan ada. Saya tak target mana2 keyword.
Hasilnya jualan affiliate dan adsense tidak terhasil.
Your advise please.
Reply
Cyza reply on January 27th, 2010 3:22 pm:
Bro,
Kalau niche kesihatan, maka pilihlah keyword dari niche kesihatan. Gunakan Adwords keyword tool. So, carilah kewyword-keyword yang search volume range from 1000-5000 seblulan, dan buatlah byk post-post dan gunakan keyword-keyword tersebut. Nanti boleh naik di SERP.
Reply
January 27th, 2010 at 2:03 am
Tahniah bro!
Input yang berguna. Teknik dan kesabaran memang penting untuk kita
berjaya. Semoga bro terus sukses.
Reply
Cyza reply on January 27th, 2010 3:23 pm:
Haikal,
Thanks… semoga kita sama-sama suksess…
Reply
January 27th, 2010 at 3:46 am
hmm saya dah bukak akaun adsense dah dekat 2 tahun tp tak penah dapat lagi
hasilnya. nak kena menuntut kat sifu cyza gak la mcm ni..
Reply
Cyza reply on January 27th, 2010 3:24 pm:
Ahmad,
Saya baru berikan 7 langkah di atas. Itulah cara yang saya gunakan…
Reply
January 28th, 2010 at 8:54 am
Best baca kisah saudara cyza ni tentang adsense.Saya dah ada adsense
tapi baru dapat 1 USD walapun dah lama join..tak mengapalah harap-harap
saudara dapat memberikan tips-tips yang lebih berkesan lepas ni.
Reply
Cyza reply on January 28th, 2010 9:32 am:
Oh, tak mengapa Mr. Birwan… sikit2 lama2 jadi bukit… Just ikut je tips free yang saya bagi tu,
Reply
February 3rd, 2010 at 11:57 am
salam singgah,baru je jumpa blog ni….anda mmg beruntung la,secara x
sengaja tp duit adsense masyuk!
sekarang ni mesti dgn bersahaja tiap2 bulan pegi cashout duit adsense.
Reply
Cyza reply on February 4th, 2010 11:04 am:
Hehe…kalau nak di ikutkan, bab yang tak sengaja atau kebetulan adalah sebab niche aku tu kot…tapi still kena post secara konsisten dan buat marketing as well…
Reply
February 3rd, 2010 at 2:43 pm
whoaaa…. ni sah kira otai dah nih….
Reply
Cyza reply on February 4th, 2010 11:05 am:
Otai…?!
Eh, mana adalah…biasa je…Banyak lagi otai kat luar tu…
Reply
February 4th, 2010 at 3:37 am
Salam..ni post pertama kt blog ni..aku pernah buat blog …tapi BM la..aku tak terer English ni..jadi kering idea bila menulis…tapi memang diakui blog English akan dapat lebih exposure dan market reach. Lagipun keyword BM banyak yang dah tepu..
Reply
Cyza reply on February 4th, 2010 11:06 am:
Depends juga bro…
LEbih baik blog english…
tapi kalau nak blog BM make sure trafik banyak betul…baru boleh jana income…tapi tu lah, memang susah nak buat blog kita jana trafik byk… tapi apa-apa hal pun kena rajin dan tekun berusahah…
Reply
March 21st, 2010 at 4:00 pm
Semua bermula daripada minat.Tapi kalau minat tak cukup kena selalu
tambah ilmu.Great achievement bro
Reply
Cyza reply on March 21st, 2010 4:02 pm:
Thanks Ajoi…
Reply
May 19th, 2011 at 9:53 pm
Entirely sizeable and well maintained snare directory. If the positions your spider’s web site can any longer submit your plat to our directory in search free. do gazu!
Reply
October 14th, 2011 at 11:16 pm
kalau ada usaha,sabar dan minat Insyallah membuah hasil.
Reply