Tentang Saya

DemamBlog.com diusahakan oleh saya, Cyza Zakaria (owner Cyza Sector). Ini adalah blog tujuan persendirian berbahasa Melayu pertama yang saya buat. Saya bukanlah blogger tegar dan bukan jua blogger full time. Saya hanya part time blogger yang gila blog. Saya anggap blogging sebagai part time saya, hobi saya...

Baca selanjutnya >>

Entri Popular

Buat Duit Dengan Blog

Ketahui pelbagai platform buat duit dengan blog

Ada Google Adsense, Pay Per Post, Text Link Ads, TNX.net, Backlink.com, Indeed.com, Kontera, Smorty, Revresponse, Nuffnang, Adbrite dan macam-macam lagi

Baca selanjutnya >>

Adsense

25
Jan

7 Langkah Pengalaman Adsense Cara Tak Sengaja Saya

Seperti yang dijanjikan, dalam entri ini, saya akan kongsikan pengalaman saya dengan adsense. Seperti yang barangkali anda semua baca dalam laporan percuma saya “Teknik 1000 sebulan”, saya telah menceburkan diri dalam arena blogging peringkat antarabangsa sejak Jun/Julai 2006 dengan sebuah blog berplatformkan blogspot.com. Secara jujur saya katakan, pada waktu itulah saya kenal dengan blog dan tahu yang kita mudah berkongsi cerita atau maklumat melalui blog. Dengan sifak dan tabiat saya yang suka menulis, dan dengan ketiadaan platform untuk berkarya, maka saya mulakan sebuah blog.

Saya daftar dengan blogspot.com, sebuah blog yang bertujuan untuk saya kisahkan pengalaman saya sebagai seorang jurutera kimia. Saya memang teringin share ilmu dan pengalaman saya kepada juniors dan pelajar yang belajar chemical engineering. Bukan apa, sebab pada waktu saya belajar masa degree dulu, saya sendiri blurr dan tak berapa pasti macam mana alam pekerjaan yang bakal saya tempuhi nanti. Sekarang (pada waktu itu) saya dah bergelar jurutera dan ada pengalaman lebih kurang 4-5 tahun, maka saya pun share serba sedikit ilmu dan pengalaman saya.

Saya berblogging dalam bahasa Inggeris kerana ingin perkongsian saya dapat dimanfaatkan oleh pelajar dan jurutera kimia dari seluruh dunia. Pada awal berblogging, saya memang tak tahu menahu tentang adsense. Selepas beberapa ketika baru tahu dan belajar apa itu adsense.

Buat masa itu, saya tak terfikir untuk invest wang saya untuk beli ebook belajar adsense, sebab waktu itu saya pun tak tau darihal kewujudan ebook. Saya minta kawan saya ajarkan, tetapi kawan saya tu suruh saya share kos beli ebook. Saya tak nak dan saya decide untk belajar tentang adsense sendiri. Saya masih ingat waktu itu saya belajar sampai masuk ke forum adsense Indonesia. Kelakar lah pulak… Tapi saya belajar dari hari ke hari sampai saya dapat masukkan code adsense ke dalam blog saya. Bila dah berjaya masuk, saya nampak sedikit pendapatan mulai masuk melalui akaun adsense saya. Alhamdulillah…

Dalam masa 4-5 bulan saya sudah mula merasai wang daripada adsense dan dari situ saya tidak memandang ke belakang. Saya pun menambah beberapa blog yanglebih kurang niche dengan bidang saya. Sehinggalah kini saya mampu memperoleh pendapatan adsense setiap bulan. Walaupun tak banyak tapi, duit juga kan…

Kenapa saya boleh dapat adsense setiap bulan?

Baiklah, di sini saya akan mengupas bagaimana saya boleh jana wang adsense dengan

1. Berblog dalam bahasa Inggeris

Saya berblog dalam bahasa Inggeris. Ini adalah faktor paling penting yang mana memberikan saya peluang pertama untuk memohon adsense, walaupun pada mula saya berblog, saya tak tau pun tentang adsense.

2. Cari Niche yang sesuai

Blog saya ada niche, iaitu niche chemical engineering. Saya memilih niche ini tanpa saya sedari konsep niche. Tapi, saya bersyukur sebab berkat niat saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang chemical engineering, maka semakin hari semakin banyak pembaca blog saya. Saya ingatkan tiada sapa yang berminat baca benda boring tentang chemical engineering.

3. Niche akan memberikan kelebihan nilai CPC

Niche saya adalah chemical engineering, dan pada masa yang sama harga CPC (cost per click) iklan adsense yang muncul di blog saya memang boleh tahan tinggi juga. Memang jarang-jarang saya dapat klik bernilai di bawah 10 cent per click. Susah saya nak katakan dengan tepat berapa harga per click yang selalu saya dapat, maklumlah iklan yang terpapar berubah-ubah kan. So, saya dapat simpulkan yang nilai klik yang biasa saya dapat range dari $0.10 ke $4.00. Dengan kata lain, secara tak sengaja, saya menulis dalam niche dan niche saya itu mempunyai nilai klik yang tinggi. Ini biasa dikenali dengan istilah high paying keyword (HKP).

4. Develop style menulis anda sendiri

Saya berblog/menulis dengan style saya sendiri dan saya lebih kepada bercerita tentang kejadian atau pengalaman. Mungkin pembaca suka cara saya bercerita. Ialah…orang tak berapa suka kalau membaca benda-benda yang macam formal, tapi lebih suka baca kalau artikel tu macam bercerita. So, kemungkinan dengan cara ini saya mendapat pengikut atau pembaca blog saya itu.

5. Blog post / artikel mestilah unik

Dengan menulis sendiri, artikel-artikel saya adalah unik. Maksudnya, tiada siapa-siapa pun ada artikel yang sama seperti saya, kecualilah dia copy paste artikel saya di tempat lain. Bila artikel unik, pakcik google suka. Bila pakcik google suka di gabungkan dengan point #6 di bawah, maka terjadilah point #7.

6. Sentiasa update blog post

Pada 2 tahun pertama, saya sering update blog chemical engineering saya. Waktu itu saya seorang jurutera dan saya dapat selitkan masa untuk berceloteh di blog saya. Ada saja cerita yang saya share kan di blog saya. Maklumlah, saya nak kongsikan pengalaman saya. Kalau tak silap, saya update lebih kurang 3-4 kali seminggu. Kalau ada masa lebih, update banyak sikit. Kalau takde masa, rilekslah…tak payah tension-tension nak tulis post. Itu antara fleksibiliti berblogging…hehe…

7. Blog berada di SERP #1 dengan keyword-keyword tertentu dalam niche

Apabila anda rajin update blog, tulis unik blog post, buat sedikit link building, maka hasilnya sangat-sangat memuaskan. Masa mula-mula saya buat blog, saya selalu juga cari blog saya dalam search engine. Memang tak jumpalah. Tapi kalau sekarang awak cari “chemical engineering blog” atau “chemical engineer blog”, cuba tengok, blog mana yang muncul paling atas? Maaf, saya bukan nak action, tapi saya nak tekankan yang segala-galanya tak mustahil. Saya pun tak sangka saya boleh berada di posisi SERP #1 di #1. Itulah yang banyak membantu trafik dan income adsense saya ===> Organik traffik.

Komentar…

Ada orang tanya, mesti saya dapat beratus ribu trafik sebulan! Well, honestly, trafik saya sehari tak sampai pun 500 unik visitors. Kalau nasib baik dapatlah lebih. Cuma, kerana kebetulan saya memilih niche teknical seperti kejuruteraan kimia, maka saya pun dapatlah kelebihan high paying keywords.

Kesimpulan

So, adakah anda fikir pendapatan dari adsense setiap bulan adalah mustahil? Cuba dulu… dan saya tak kisah kalau awak nak cuba style macam saya. Style orang lain pun ada. So, pandai-pandailah cuba dan eksperimentasi dengan strategi. Tapi ingat, jauhi dari Black hat…berdosa tau…itu cara salah dan bagi saya macam menipu… Ingat kita nak rezeki halal…

——————————————————————————————————————————————-

* Untuk tidak ketinggalan dengan tips-tips blogging berguna, subscribe Demamblog.com. Anda akan menerima artikel-artikel mantap terus hangat ke inbox email anda.

03
Jan

Adakah rahsia dalam Adsense saya?

demamadsense copySelamat tahun baru 2010 kepada semua warga pembaca demamblog.com.

Dalam entri ringkas ini, saya mahu menunjukkan screen shot Google Adsense saya. Bukan niat saya untuk mempamerkan atau bermegah dengan income dari Adsense, tetapi niat saya adalah untuk memberitahu bahawa tidak mustahil mendapat pendapatan bulanan dari Google Adsense. Lagipun, income adsense saya pun takdelah hingga melebihi $200, $300 atau $1000 sebulan, tapi bolehlah, buat belanja runcit beli susu dan barang dapur. Maaf sekali lagi, niat saya hanya untuk menunjukkan yang kita mampu mendapat income dari Adsense dengan cara yang betul.

Screenshot di atas menunjukkan pendapatan google adsense saya pada Yesterday (1/1/2009) iaitu $19.22 dan juga Today (2/1/2009) iaitu $4.92. Jumlah ini jika dicampurkan menjadikan pendapatan Google Adsense saya menjadi sebanyak $24.14 untuk Januari 2009, setelah hanya 2 hari berlalu dalam Januari 2010. Alhamdulillah, seingat saya, income pada 1 Januari itu adalah pendapatan terbesar dalam sehari yang pernah saya peroleh.

Perlu saya tekankan di sini bahawa saya tidak langsung menggunakan unsur blackhat atau greyhat. Malah, saya memang tak tahu guna pun teknik-teknik kotor dan separuh kotor tu. Apa yang saya buat setakat ini, sejak Jun 2006 dulu adalah membangunkan blog pertama saya dalam niche kejuruteraan (menggunakan blogspot.com sahaja), dan sejak dari itu saya pun membangunkan blog-blog lain (gabungan blogspot.com dan domain sendiri berplatformkan wordpress).

Saya sendiri masih belum mencapai target bulanan adsense yang saya setkan pada 2008 dan 2009 lepas. Tapi, takpelah… Yang penting, saya bersyukur memperoleh income dari adsense.

Dalam entri akan datang, saya akan kongsikan tips dan pengalaman bagaimana saya generate income dari adsense. Takdelah rahsia sangat, asasnya saya rasa semua orang pun tahu. Tapi, biasalah, kita lebih suka dan mungkin akan termotivasi bila melihat dan mendengar macam mana orang lain pun boleh dapat macam tu…InsyaAllah, semua orang boleh melakukannya.

Untuk tidak tertinggal entri akan datang, saya jemput anda untuk subscribe demamblog.com melalui email. Ini supaya anda tidak akan ketinggalan semua tips berguna untuk membuat duit melalui demamblog.com. Untuk subscribe, sila klik sini atau isikan form ringkas di sidebar kanan demamblog.com.

——————————————————————————————————————————————-

* Untuk tidak ketinggalan dengan tips-tips blogging berguna, subscribe Demamblog.com. Anda akan menerima artikel-artikel mantap terus hangat ke inbox email anda.

Laporan Percuma: Kisah benar macam mana saya buat duit melalui blog part time... Dapatkan sekarang!

Nama:
Email: