Pejam celik-pejam celik, sudah bulan Ogos dan kita sudah hampir mengikuti Ibadah Puasa tak lama lagi. Macam mana dengan perkembangan blog-blog anda? Adakah ianya menghasilkan pendapatan? Saya pasti ada yang sudah mendapat pendapatan yang baik dan masih juga ada blogger yang belum lagi melihat wang masuk ke dalam saku (atau paypal). Tak mengapa, kayuh perlahan-lahan dan fokus, insyaAllah akan membuahkan hasil.

Baiklah, di sini saya ingin berkongsikan satu pengalaman saya pada bulan 6 yang lepas. Memang dah agak lama (2 bulan lalu), tapi saya rasa ianya boleh membakar semangat anda untuk bersama-sama membangunkan blog masing-masing sehingga menjana wang.

Pada waktu itu saya sebenarnya sedang berada di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Al-maklumlah, pada waktu itu cuti sekolah, so kami sekeluarga bercuti lah. Di rumah di kampung tiada line internet, so saya bawalah laptop saya ke mana-mana, mana tau ada rezeki jumpa wireless free. Memang tak plan pun, tapi McDonald di Pantai TEluk Cempedak tu ada wireless. Saya ni pun memang kekadang online kat McDonald di Skudai.

So, semasa online, saya pun check email lah…apa lagi kan…sebab dah 2-3 hari tak check email. Saya ternampak satu email best. Tak payah la saya nak cerita panjang-panjang. Korang baca ajelah email tu… (Maaf sebab email ni agak blurr).

kraig1

Lepas tu, ini balasan dari dia…

kraig2

Dan lepas tu, ini lah kesudahannya…

kraig3

Dan ini lah hasilnya di dalam paypal saya…

paypal

So, pendek kata, kalau korang ada blog yang best-best, ada trafik, ada PR (at least 3), ada Alexa yang bagus, ada feedburner subscriber yang banyak, dan yang paling penting, blog korang tu berkualiti dan original, pasti ada advertiser yang kontek.

Saya memang tak tau apa-apa pun. Tiba-tiba je advertiser ni kontek. Kiranya, dapat rezeki tiba-tiba dengan kerja memasukkan link yang tak sampai 1 minit pun. USD200 untuk 6 bulan itu boleh diibaratkan bersamaan dengan RM600 lebih. Sapa nak bagi oooo….

Ini advertiser kontek direct. Ada lagi macam-macam program buat duit online yang rasmi.

Baiklah…dalam post / entri berikut, saya akan share sesuatu yang tak berapa best pulak yang saya alami. So far saya tak pernah cerita tentang kes ini pada sesiapa pun kecuali pada isteri saya. Kira takde rezeki sebab saya jadi tamak!!!

Nak tau ke? Nanti kan entri saya minggu depan.