Tentang Saya

DemamBlog.com diusahakan oleh saya, Cyza Zakaria (owner Cyza Sector). Ini adalah blog tujuan persendirian berbahasa Melayu pertama yang saya buat. Saya bukanlah blogger tegar dan bukan jua blogger full time. Saya hanya part time blogger yang gila blog. Saya anggap blogging sebagai part time saya, hobi saya...

Baca selanjutnya >>

Entri Popular

Buat Duit Dengan Blog

Ketahui pelbagai platform buat duit dengan blog

Ada Google Adsense, Pay Per Post, Text Link Ads, TNX.net, Backlink.com, Indeed.com, Kontera, Smorty, Revresponse, Nuffnang, Adbrite dan macam-macam lagi

Baca selanjutnya >>

Teknik

19
Aug

Kepentingan SEO dalam Niche Blog

Wah, sudah lama betul saya tak menulis di sini. Adalah dalam Setahun 2 bulan tak menulis kat sini. Tapi, saya tetap renew domain ini sebab inilah satu-satunya blog saya dengan bahasa Melayu. Yeah…jati Melayu tetap ada dan di terapkan dalam blog ini.

Baiklah, apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah perkara yang sangat penting sekiranya kita ada niche blog. Apa yang penting sangat tu?

Tak lain dan tak bukan, ianya adalah Search Engine Optimization atau nama glamournya “SEO“.

Secara jujur, saya ni bukan lah pakar sangat SEO tapi adalah belajar sikit-sikit dan makin lama jadi seronok sangat. Bukan apa, bila kita tengok blog kita dalam first page dalam Search Engine Result Page (SERP) Google.com untuk sesuatu keyword. Saya jadi syok sebab bila saya pilih certain keyword dan berjaya tempatkan niche blog saya tu dalam first page dalam masa kurang 1 bulan, saya rasa macam …. ooohhh…best nye… Memang mencabar, tapi kalau kena dengan caranya, memang insyaAllah boleh ke kedudukan #1 di Page #1.

Ada bermacam-macam strategi untuk memperbaiki kedudukan SERP niche blog kita. Lebih tinggi kedudukan SERP, lebih tinggilah peluang untuk mendapat trafik organik dari Search Engine. Inilah yang dinamakan FREE TRAFIK. Apa yang kita perlukan adalah serba sedikit ilmu macam mana nak optimizekan blog kita tu.

Kalau nak diceritakan tentang SEO dalam blog post ringkas ni, tak muat. So, saya rasa cara terbaik adalah saya akan berkongsi tentang SEO secara berperingkat-peringkat.

PLUGINS SEO untuk blog wordpress

Buat masa ini, saya akan kongsikan 2 plugin penting yang boleh membantu mempertingkatkan keupayaan SEO sesebuah blog.

1) Plugin Platinum SEO. Plugin ini percuma dan anda boleh download di sini.

2) Plugin All in One SEO Pack. Plugin ini juga percuma dan boleh di download di sini.

Dengan adanya salah satu dari plugin di atas, anda boleh optimize blog anda dengan meletakkan keyword yang anda target dengan mudah di dalam “home title“, “home description”, “home keywords” dan pelbagai setting lain yang memboleh kan blog anda dioptimasikan secara SEO dan dapat memperbaiki kedudukan di SERP. Anda tak perlu guna kedua-duanya serentak kerana ia boleh membuatkan blog anda hilang fungsi SEO. So, memadai guna salah satu saja.

Sebenarnya ada lagi plugin yang berkait rapat dengan SEO, tapi saya akan reservekan untuk kemudian hari. Biar anda cuba dan biasa kan diri dengan plugin di atas sebelum saya kenalkan dengan plugin lain yang lebih hebat.

Baiklah, setelah anda install plugin di atas, anda perlu setting kan plugin itu dalam WordPress dashboard anda. Apa yang anda perlu buat adalah isikan kotak-kotak penting seperti “home title“, “home description”, “home keywords” dengan frasa atau ayat yang mengandungi kata kunci (keywords) anda. Paling afdal jika anda sebutkan keywords tersebut 2 kali. Sebagai contoh mari kita gunakan satu niche iaitu berkenaan “panic attack and anxiety”.

Di dalam kotak Home Title, isikan seperti berikut: “Cure Panic Attack – Learn how to cure panic attack fast”.

Dalam contoh di atas, keyword cure panic attack di sebut 2 kali. Ini adalah untuk menekankan kepentingan keywords tersebut dan supaya crawler tangkap dan kunci keyword tu baik-baik dalam SERP.

Maka begitu juga dengan bahagian home description dan home keywords. Cuba dengan kreatif ranka frasa atau ayat pendek yang ada keywords sebanyak 2 kali.

Menilai keupayaan SEO Blog Anda

Umumnya, sebelum dan selepas saya setting SEO blog saya, saya akan meninjau rating atau kemampuan SEO blog saya di http://www.scrubtheweb.com/abs/meta-check.html. Saya memang seronok menggunakan website scrubtheweb ini sebab saya boleh secara langsung melihat penambahbaikan meta tag dan SEO blog saya setelah saya adjust. Anda juga boleh buat. Mudah saja. Cuma isikan url blog yang anda ingin periksa dan lihat lah rating SEO blog anda itu. Terdapat komen-komen yang di berikan yang mana boleh kita gunakan sebagau idea untuk menambahbaik keupayaan SEO blog kita.

Sekiranya anda mendapat markah melebihi 70% untuk “Your Search Engine Visibility Score”, maka itu saya boleh anggap bagus. Anda telah berjaya untuk memantapkan keupayaan SEO blog anda. Dengan ini, anda boleh tunggu beberapa hari dan lihat kedudukan blog anda bakal meningkat kedudukannya di SERP untuk keywords yang anda target.

Baiklah, saya rasa cukup dulu asas kepada asas untuk SEO blog. InsyaAllah, saya akan sambung alkisah SEO ni tak lama lagi. Saya harap anda beroleh manfaat dari perkongsian sederhana ini.

Hmmm…sesapa ada idea, komen atau penambahan berkenaan SEO, apa kata lontarkannya dalam ruangan komen.

P/S: Dapatkan 25 backlink unik percuma setiap hari untuk BOOST ranking blog anda di enjin carian Pakcik Google.

30
Jan

7 Tips menulis artikel yang fresh mengenai perkara yang kita tidak tahu

blog-blogging

Menulis semula artikel mengenai perkara yang kita tidak tahu bukan sesuatu yang mudah. Silap langkah, kita akan dianggap memplagiat hasil kandungan orang lain. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan proses ini.

1) Baca Dulu.

Kau tidak mungkin boleh menulis apa yang kau tak tahu. Itu adalah satu perkara mustahil. Membaca membantu kita untuk memahami apa yang kita tak tahu.

Lawat laman-laman web pesaing-pesaing kau dan lihat apa yang dibincangkan. Untuk maklumat yang fresh, lawat forum-forum yang aktif membincangkan perkara tersebut. Tidak perlu untuk membuat kajian terperinci. Cukup sekadar untuk memahami perkara tersebut secara am.

Selepas selesai membaca, bukankah kau sudah tahu sedikit sebanyak apa yang kau tak tahu sebelum ini?

2) Kecilkan Skop.

Dengan adanya sedikit pendedahan, kau mungkin sudah ada idea apa yang hendak ditulis. Kecilkan skop untuk menulis mengenai sesuatu yang lebih spesifik. Lihat contoh di bawah:

- Career Advancement
- How To Apply For A Better Job
- How To Write A Winning Resume
- How To Write A Career Objective That Will Definitely Attract Your Future Employer

Career Objective hanyalah satu perenggan dalam resume. Ia terdiri dari satu atau dua ayat sahaja. Ia lebih spesifik dari Career Advancement. Lebih mudah mencari bahan rujukan untuk sesuatu yang spesifik.

Tanpa (1) Baca Dulu, kau mungkin tak tahu bagaimana nak (2) Kecilkan Skop.

3) Cari Artikel Di Article Directories Sebagai Rujukan.

Baca beberapa artikel berkaitan idea spesifik yang telah diputuskan. Artikel-artikel ini mestilah yang terbaru dari beberapa Article Directories yang berbeza. Cuba fahamkan apa yang hendak disampaikan oleh artikel-artikel tersebut. Kumpul dan catatkan semua fakta-fakta.

4) Menulis Semula

Mulakan dengan menyusun semula fakta-fakta itu. Pilih yang kau hendak gunakan sahaja. Walaupun ada banyak, gunakan tiga atau empat sahaja. Kalau ada sepuluh, sudah tiga artikel boleh ditulis.

Gunakan ayat sendiri untuk menulis berdasarkan apa yang kau faham. Gunakan gaya bahasa kau sendiri, bukan gaya bahasa penulis asal. Kalau ada sesuatu yang logik yang boleh ditambah, berikan pendapat sendiri. Selitkan di mana perlu. Semasa menulis, jangan rujuk langsung pada artikel asal. Kenapa? Untuk mengelakkan tulisan kau kelihatan sebagai copy and paste.

5) Gunakan Ayat-Ayat Pendek.

Ramai akan berkata susah hendak menulis dalam bahasa Inggeris. Siapa suruh tak belajar betul-betul kat kelas dulu. Ahaks.. gurau aje, tetapikan kalau betul-betul tak tahu, masih tidak terlalu lewat untuk belajar.

Tulislah dengan menggunakan ayat-ayat pendek. Kalau kau sudah membaca sampai ke sini, cuba baca semula apa yang telah aku tulis. Semuanya menggunakan ayat-ayat yang pendek sahaja. Mudah hendak tulis dan mudah untuk fahamkan. Nak membetulkan ayat yang salah pun mudah sahaja. Faham?

6) Jangan Berhenti Menulis

Semasa melakukan langkah (1), (2) atau (3), ambil masa kau sendiri. Tak perlu tergesa-gesa untuk melakukannya dalam masa yang singkat. Take your time.

Tetapi, bila sudah mula menulis, jangan berhenti. Habiskan hari itu juga. Jangan bawa ke hari esok. Keep the flow going. Berhenti akan mengganggu proses penulisan.

7) Gunakan PLR Articles

Kalau kau mahukan cara yang lebih cepat, gunakan PLR Articles. PLR articles biasanya ditulis oleh penulis-penulis professional yang berpengalaman. Tulisan-tulisan mereka selalunya lengkap dan terkini, tanpa perlu membuat apa-apa penambahan pun. Cuma kau perlu tahu membezakan PLR Articles yang berkualiti ataupun sampah.

Kau tidak digalakkan menghantar PLR Articles ke Article Directories. Tetapi kalau kau masih ingin melakukannya, pastikan ia ditulis semula 100%. Jika hanya untuk kegunaan di blog, mengubahnya setakat 30% sudah memadai.

Sudah, itu sahaja buat masa ini.

Cuba tulis apa yang kau tahu dulu, mengenai apa sahaja. Contohnya ialah bagaimana kau memohon kad kredit kau yang pertama. Apakah perkara-perkara yang diambil kira yang menyebabkan kau memilih kad dari bank itu dan bukan dari bank-bank lain. Kalau kau mempunyai blog niche Finance, artikel begini sudah cukup unik untuk dihantar ke article directories.

Kalau kau boleh menulis apa yang kau tahu lebih dari 300 patah perkataan, dan berjaya disiarkan di EzineArticles.com. Cool! Jika tidak, tangguhkan dulu untuk menulis apa yang kau tidak tahu.

Akhir sekali, jangan takut. Kadang-kadang kita takut orang lain akan mengatakan artikel kita tidak bagus. Pedulikan. Kalau takut, bila nak mula? Sampai bila pun tak boleh berjaya jika tidak melakukan langkah pertama.

——————————————————————————————————————————————–

*Artikel ini ditulis oleh sahabat online saya, Azwan. Kunjungi blog peribadi beliau di awww.zwan.my untuk berkongsi pendapat mengenai blogging, traffic, SEO dan membuat duit di internet. Mana tahu, mungkin ada tips yang boleh membantu menambahkan lagi pendapatan internet anda.

** Untuk tidak ketinggalan dengan tips-tips blogging berguna, subscribe Demamblog.com. Anda akan menerima artikel-artikel mantap terus hangat ke inbox email anda.

31
Dec

21 Langkah Asas Plan Bertindak Blogging

bloggingSekiranya anda baru dalam arena blogging, adalah baik kiranya anda mendapatkan tunjuk ajar blogger yang lebih berpengalaman. Mereka ini boleh membantu anda mempercepatkan pelancaran, perancangan dan pelaksanaan blog anda. Pergilah ke seminar atau personal coaching program dan timbalah sebanyak ilmu dari mereka. Dengan cara ini, anda akan mengurangi kesilapan dan tidak banyak membuang masa serta tertanya-tanya strategi mana yang hendak diguna pakai.

Baiklah, pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan 21 langkah asas plan bertindak blogging untuk anda. Plan bertindak ini saya susunkan berdasarkan pengalaman sendiri dan saya diintegrasikan melalui bacaan dari beberapa blog dan newsletter. Saya harap, plan bertindak ini membawa manfaat dan gambaran besar yang lebih jelas bagaimana anda boleh menyusun strategi dalam berblogging.

A. Set-up dan Memasang blog

  1. Fikirkan niche yang sesuai yang mengikut kesukaan/minat anda untuk dikongsikan bersama pembaca. Gunakan free keyword tool untuk mencari kata kunci untuk domain dan juga yang popular pencariannya.
  2. Setelah itu, dapatkan domain name, cuba cari di godaddy.com atau cheapdomain.com. Kalau boleh bandingkan harga keduanya. Cari kupon supaya boleh dapat diskaun semasa membeli domain tersebut. Kalau anda ada duit dalam paypal atau kredit card, boleh lah beli kat sana. Tapi kalau  tiada dan susah, beli saja dari syarikat hosting tempatan seperti jomhosting.net. Bolehlah bayar pakai maybank2u.com.my.
  3. Pasang blog wordpress menggunakan Fantastico dalam control panel.
  4. Carilah wordpress theme yang sesuai dari themes.wordpress.net atau search theme yang menarik di Google, tetapi pastikan theme wordpress anda bersesuaian dengan target pembaca anda. Anda juga perlu memilih dan memasang wordpress plugin untuk aksesori blog anda.

B. Membina isi kandungan

  1. Buatlah 10 entri sebanyak 300 patah perkataan dalam semasa memulakan blog anda.
  2. Selepas itu, buatlah sebuah entri setiap 2 hari (kalau mampu). Ini supaya blog anda nampak diupdate dan aktif. Pastikan entri anda unique (bukan ditiru atau copy paste). Ini kerana search engine seperti Google menggemari artikel fresh yang unique. Hasilnya… anda mudah di rank oleh search engine dan mudahlah dapat trafik.

C. Dapatkan trafik

  1. Carilah 10 blog yang sama niche dan buatlah link ke kepada mereka. Anda boleh gunakan Google Blog search.
  2. Kalau anda betul-betul serius untuk membangunkan blog dan mendapatkan trafik berkualiti, maka buatlah yang berikut:
  • Hantar 10 artikel ke ezinearticles.com, ingat ini hanya untuk blog berbahasa English. Ingat juga letakkan blog url di dalam bio box di bawah artickel anda.
  • Cari blog yang sama niche dan mempunyai Page rank tinggi dan lakukan yang berikut:
    • Gunakan  untuk mencari link partners, siapa yang blog dalam niche yang sama. Linkkan blog anda dengan mereka.
    • Buat juga link exchange. Kalau mereka sudi
    • Tinggalkan komen baik dalam blog2 tersebut. Setiap komen membenarkan link blog anda.
  1. Daftar dengan mybloglog.com. Copy paste kod widget dan letakka n dalam side bar dalam blog anda

10.  Cari forum yang sama niche dnga anda dan lakukan signature marketing. Bergiat dngan aktif dalam forum tersebut. Kalau anda aktiv, orang akan tertanya2, sapa lah ni…bila ada link di signature, mereka pasti jenguk.

D. Mengesan dan menganalisa trafik

11.  Daftar akaun percuma dengan Google Analytic.

12.  Dapatkan trekking code dan letakkan dalam blog anda

E. Buat duit

13.  Daftar percuma dengan Google adsense, kalau blog berbahasa English.

14.  Masukkan adsense code setelah lulus.

15.  Pohon Text Link Ads (TLA).

16.  Pohon sponsored review dan submit blog.

F. Bina page rank anda

17.  Bina page rank ke PR3, biasanya paling cepat 3 bulan. Demamblog, syukurlah baru dapat PR3 selepas 40 hari.

18.  PR3 akan bawa banyak trafik dan meningkatkan adsense.

19.  PR3 akan menarik pengiklan TLA

20.  PR3 akan menarik pengiklan untuk sponsoredreview.com

21.  PR3 akan menarik lebih banyak pengiklan individu.

Itulah serba sedikit langkah plan tindakan yang boleh anda ikuti. Mungkin anda ada cara lain. Tak kisah lah tu sebab yang penting kalau ada cara yang lebih baik, itu lagi bagus. Yang penting anda pandai intergratekan perancangan dan melaksanakan usaha memantapkan blog anda.

Saya mengalu-alukan pandangan atau perkongsian anda dalam membangunkan blog menjadi blog yang menjana pendapatan.

Selamat Tahun Baru 2010…  Jangan lupa ikuti siaran FuhyooFM.com pada malam tahun baru 2010…

——————————————————————————————————————————————-

* Untuk tidak ketinggalan dengan tips-tips blogging berguna, subscribe Demamblog.com. Anda akan menerima artikel-artikel mantap terus hangat ke inbox email anda.

28
Nov

4 Asas Blogging Yang Perlu Anda Ketahui Seawal-awalnya

blogging2Terdapat berjuta-juta blog online masa kini, tetapi hanya segelintir saja yang memberi impak dan berjaya menjana pendapatan dengan jayanya dari blog mereka. Adakah anda mahu menjadi pemilikblog biasa-biasa saja? ataupun blog yang meletup-letup? Tahukah anda bagaimana membentuk blog yang hebat? Apakah rahsianya…

Apakah rahsianya?

Jawapannya, sebenarnya tiada rahsia pun!

Sebenarnya sebab mengapa blog-blog tertentu dapat menjana pendapatan dengan hebatnya adalah kerana blogger-blogger tersebut bekerja keras untuk membina dan mem”power”kan blog mereka. Berikut adalah 4 perkara asas yang perlu dilakukan setiap hari:

1. Beli domain dan hosting sendiri

Sekiranya saya boleh undur masa saya ke akhir 2006, dan dengan ilmu yang saya ada, nescaya saya akan membeli domain dan hosting sendiri. Ini adalah keputusan yang tidak dapat tidak harus dibuat sekiranya anda serius membina blog dan ingin menjana pendapatan online. Sekiranya anda tanya mana-mana blogger berjaya pun (atau berpengalaman) , sudah pasti jawapannya sama, dapatkan nama domain dan hosting anda sendiri. Sekiranya anda masih ingin berblog dengan platform blogspot.com mahupun wordpress.com, tidak salah, tetapi kredibiliti anda tidak seutuh sentuhan dot com anda sendiri.

Baiklah, memilih nama domain adalah satu keputusan yang penting dan boleh mempengaruhi trafik sekiranya sesuai dengan niche dan kata kuncinya. Saya berikan suatu contoh: Andaikata anda mahu membina blog dari niche kucing kacukan siam, maka anda perlulah memilih domain berbunyi seperti: www.kucingkacukansiam.com.

Untuk memilih nama domain yang lebih tepat dan lebih berdaya saing untuk niche pilihan anda, saya sarankan anda masukkan keyword niche anda ke dalam Google Keyword Tool. Dengan bantuan Google Keyword Tool, anda boleh menganalisa kata kunci yang anda mahu dan membandingkan permintaan search kata kunci tersebut dalam Google search engine, harga pay per click (ppc), jumlah pesaing dan sebagainya.

Setelah anda berjaya memilih nama domain (selepas analisa keyword), maka surveylah harga nama domain tersebut di godaddy.com atau cheapdomain.com. Saya selalu membandingkan harga antara kedua-dua penjual domain tersebut, kerana nama untuk sebuah nama domain, salah satu pasti akan menjual dengan lebih murah dari harga pasaran. Tetapi, option ini saya rasa lebih sesuai untuk blogger-blogger yang sudah mempunya hosting.

Sekiranya anda betul-betul baru dan belum ada hosting, saya sarankan anda beli nama domain dan hosting dari syarikat yang sama. Bagi newbie (orang baru), saya sarankan yang murah-murah tapi boleh diharap seperti jomhosting. Jomhosting menawarkan pakej hosting dan nama domain yang sangat murah dan mampu milik. Sesudah anda membeli domain dan hosting, maka langkah seterusnya adalah membina isi atau content.

2. Membina isi atau “content” dalam blog

Isi blog adalah sangat penting dan adalah antara faktor yang boleh memutuskan pelawat baru blog samada ingin meneruskan sesi lawatan ke sesuatu blog atau tidak. Secara jujur, saya sendiri akan meneliti sesuatu blog daripada kandungannya. Sekiranya isi kandungan post (entri) adalah bagus, bermanfaat, memberikan dimensi baru dalam pencarian ilmu atau pengalaman, maka saya tidak teragak-agak untuk terus melanggan (subscribe) pada blog tersebut. Bukan apa, kadang-kadang kita sibuk dan tak sempat untuk blog hoping, tetapi kalau kita subscribe terus pada blog tersebut untuk menerima entri-entri baru yang dibuat leh blog tersebut, maka kita akan terus menerima kandungan entri melalui email.

Entri yang berkualiti dan memberi manfaat kepada pembaca. Ini akan mencetuskan pelawat untuk kembali dan terus bertukar menjadi pembaca setia blog anda. Sekiranya isi blog anda kucar-kacir, tidak spesifik dan tiada niche khusus, harapan pelawat untuk kembali bertandang di blog anda adalah tipis sehalus sutera.

Binalah isi blog anda dengan ikhlas, berikan ilmu dan manfaat pada pembaca. Pelajarilah strategi menulis dengan lebih berkesan dalam usaha mewujudkan impak maksima kepada pembaca blog anda. InsyaAllah, dengan isi kandungan yang unik lagi mantap, blog anda akan ada follower.

3. Menarik trafik ke blog

Secanggih mana atau se”gah”  mana blog yang anda bina, tetapi kalau tiada pelawat, apalah gunanya. Oleh itu traffik adalah sangat penting seiring dengan pentingnya kualiti sesuatu blog itu. Anda perlu pelajari beberapa teknik mendapat trafik bagi memperkenalkan dan mempersembahkan blog anda pada umum. Cukuplah sekadar saya sebutkan 4 teknik percuma dan berkesan seperti di bawah:

1. Komen marketing – singgah di blog-blog lain dan tinggalkan komen bernas.
2. Manipulasi laman sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace, Frienster etc.
3. Forum marketing – meninggalkan signature anda (blog) yang bakal menarik perhatian orang melawatnya.
4. SEO (search engine optimization) – strategi ini berkemungkinan paling effektif kalau betul caranya.

Strategi memperoleh trafik lain akan dikongsikan pada masa akan datang…

4. Mengumpul RSS subscriber dan list email

Antara kesilapan saya semasa mula-mula berjinak dalam arena blogging adalah tidak mengumpul list. Saya hanya fokus pada meningkatkan subscriber email saya melalui penggunaan Feedburner. Tetapi, saya baru sedar tentang betapa pentingnya mempunyai list email yang besar, yang boleh dikumpul secara serampang dua mata semasa kita berblogging. Kalau internet markerter (IM) ada squeeze page sendiri untuk mengumpul list, adalah baik sekiranya kita melakukan kedua-duanyanya (kumpul email subscriber melalui feedburner dan email list melalui autoresponder) serentak. Ye, anda perlu ada autoresponder dan juga sebuah report menarik /ebook bagi menarik pembaca mendapatkannya dan seterusnya menjadi ahli dalam list anda.

Oleh itu, kiranya anda baru berjinak-jinak dalam dunia blogging, saya sarankan supaya anda kumpul kedua-dua jenis list tersebut. Feedburner adalah percuma dan pembaca bakal mendapat update untuk setiap entri yang anda terbitkan. Manakalan list email bakal membuatkan anda lebih kukuh dan mantap di dalam perniagaan digital dan pemasaran email. Anda mungkin tidak melakukan sebarang pemasaran email pada awalnya, tapi setelah anda bertapak lebih lama, anda mungkin ingin memasarkan sesuatu servis atau produk, maka ini gunanya list email yang anda kumpul melalui autoresponder.

Baiklah, bagi pemula atau newbie, mendapatkan autoresponder sememangnya bakal mengundang rasa gusar kerana komitmen bayaran bulanan. Tak mengapa, bina kredibility blog dulu, lepas itu cipta laporan atau ebook ringkas, dan setelah anda berkemampuan, dapatkan autoresponder mampu milik seperti norabots yang mengenakan bayaran USD9.90 sebulan sahaja. Percayalah, usaha anda mempromosi blog melalui pelbagai saluran trafik berbeza, bukan sahaja membawa pelawat ke blog anda, malah memberikan anda senarai aset besar iaitu list email. Di dalam list email itulah duit sebenar.

——————————————————————————————————————————————-

* Untuk tidak ketinggalan dengan tips-tips blogging berguna, subscribe Demamblog.com. Anda akan menerima artikel-artikel mantap terus hangat ke inbox email anda.

Laporan Percuma: Kisah benar macam mana saya buat duit melalui blog part time... Dapatkan sekarang!

Nama:
Email: