Sep
Beli Silver Dari Duit Blogging
Saya nak kongsikan sesuatu yang buat saya excited sekarang. Sejak daripada sambutan hari raya yang lepas (24 hari lalu), saya dengan kayuh perlahan-lahan membeli bullion Perak (Silver). Saya telah membeli secara berperingkat-peringkat beberapa coins dan jongkong silver. Memang sangat mengujakan. Saya beli silver menggunakan wang hasil blog saya yang takde lah banyak sangat, tapi boleh lah…
Di sini saya kongsikan beberapa silver yang saya ada. Ada yang belum sampai (sedang dalam perjalanan) dan ada yang dalam simpanan adik saya di KL.
Majoriti coins atas laptop saya ni adalah 1oz Canadian Maple Leaf
Ni angle lain amik gambar silver coins. Ada juga atas laptop tu 3 Austrian Philharmonic, 1 American Silver Eagle dan 1 Australian Koala. Semuanya berjisim 1 oz.
Ini silver saya batch pertama. Silverstone (1 oz) dan Morgan (1 oz).
Gambar-gambar di atas adalah sebahagian besar koleksi silver saya dalam masa 3 minggu. Alhamdulillah…saya akan terus mengerjakan blog-blog saya semampunya dan invest ke silver. Kalau dah ada lebih silver, boleh tukar dan upgrade ke emas pulak. Slow-slow kayuh lah…
Anda pun boleh macam ni… Kalau ada duit extra boleh lah beli silver juga. Pulangannya boleh tahan. Kalau nak duit, boleh cairkan silver tu. Kalau nak tau tips, tricks pasal silver seperti nak beli di mana, nak jual di mana, nak beli jenis apa dan pelbagai lagi, boleh layari www.PelaburanPerak.info. Anda boleh download Laporan 5 Rahsia Pelaburan Silver di Malaysia…secara PERCUMA…






