Jan
7 Tips menulis artikel yang fresh mengenai perkara yang kita tidak tahu

Menulis semula artikel mengenai perkara yang kita tidak tahu bukan sesuatu yang mudah. Silap langkah, kita akan dianggap memplagiat hasil kandungan orang lain. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan proses ini.
1) Baca Dulu.
Kau tidak mungkin boleh menulis apa yang kau tak tahu. Itu adalah satu perkara mustahil. Membaca membantu kita untuk memahami apa yang kita tak tahu.
Lawat laman-laman web pesaing-pesaing kau dan lihat apa yang dibincangkan. Untuk maklumat yang fresh, lawat forum-forum yang aktif membincangkan perkara tersebut. Tidak perlu untuk membuat kajian terperinci. Cukup sekadar untuk memahami perkara tersebut secara am.
Selepas selesai membaca, bukankah kau sudah tahu sedikit sebanyak apa yang kau tak tahu sebelum ini?
2) Kecilkan Skop.
Dengan adanya sedikit pendedahan, kau mungkin sudah ada idea apa yang hendak ditulis. Kecilkan skop untuk menulis mengenai sesuatu yang lebih spesifik. Lihat contoh di bawah:
- Career Advancement
- How To Apply For A Better Job
- How To Write A Winning Resume
- How To Write A Career Objective That Will Definitely Attract Your Future Employer
Career Objective hanyalah satu perenggan dalam resume. Ia terdiri dari satu atau dua ayat sahaja. Ia lebih spesifik dari Career Advancement. Lebih mudah mencari bahan rujukan untuk sesuatu yang spesifik.
Tanpa (1) Baca Dulu, kau mungkin tak tahu bagaimana nak (2) Kecilkan Skop.
3) Cari Artikel Di Article Directories Sebagai Rujukan.
Baca beberapa artikel berkaitan idea spesifik yang telah diputuskan. Artikel-artikel ini mestilah yang terbaru dari beberapa Article Directories yang berbeza. Cuba fahamkan apa yang hendak disampaikan oleh artikel-artikel tersebut. Kumpul dan catatkan semua fakta-fakta.
4) Menulis Semula
Mulakan dengan menyusun semula fakta-fakta itu. Pilih yang kau hendak gunakan sahaja. Walaupun ada banyak, gunakan tiga atau empat sahaja. Kalau ada sepuluh, sudah tiga artikel boleh ditulis.
Gunakan ayat sendiri untuk menulis berdasarkan apa yang kau faham. Gunakan gaya bahasa kau sendiri, bukan gaya bahasa penulis asal. Kalau ada sesuatu yang logik yang boleh ditambah, berikan pendapat sendiri. Selitkan di mana perlu. Semasa menulis, jangan rujuk langsung pada artikel asal. Kenapa? Untuk mengelakkan tulisan kau kelihatan sebagai copy and paste.
5) Gunakan Ayat-Ayat Pendek.
Ramai akan berkata susah hendak menulis dalam bahasa Inggeris. Siapa suruh tak belajar betul-betul kat kelas dulu. Ahaks.. gurau aje, tetapikan kalau betul-betul tak tahu, masih tidak terlalu lewat untuk belajar.
Tulislah dengan menggunakan ayat-ayat pendek. Kalau kau sudah membaca sampai ke sini, cuba baca semula apa yang telah aku tulis. Semuanya menggunakan ayat-ayat yang pendek sahaja. Mudah hendak tulis dan mudah untuk fahamkan. Nak membetulkan ayat yang salah pun mudah sahaja. Faham?
6) Jangan Berhenti Menulis
Semasa melakukan langkah (1), (2) atau (3), ambil masa kau sendiri. Tak perlu tergesa-gesa untuk melakukannya dalam masa yang singkat. Take your time.
Tetapi, bila sudah mula menulis, jangan berhenti. Habiskan hari itu juga. Jangan bawa ke hari esok. Keep the flow going. Berhenti akan mengganggu proses penulisan.
7) Gunakan PLR Articles
Kalau kau mahukan cara yang lebih cepat, gunakan PLR Articles. PLR articles biasanya ditulis oleh penulis-penulis professional yang berpengalaman. Tulisan-tulisan mereka selalunya lengkap dan terkini, tanpa perlu membuat apa-apa penambahan pun. Cuma kau perlu tahu membezakan PLR Articles yang berkualiti ataupun sampah.
Kau tidak digalakkan menghantar PLR Articles ke Article Directories. Tetapi kalau kau masih ingin melakukannya, pastikan ia ditulis semula 100%. Jika hanya untuk kegunaan di blog, mengubahnya setakat 30% sudah memadai.
Sudah, itu sahaja buat masa ini.
Cuba tulis apa yang kau tahu dulu, mengenai apa sahaja. Contohnya ialah bagaimana kau memohon kad kredit kau yang pertama. Apakah perkara-perkara yang diambil kira yang menyebabkan kau memilih kad dari bank itu dan bukan dari bank-bank lain. Kalau kau mempunyai blog niche Finance, artikel begini sudah cukup unik untuk dihantar ke article directories.
Kalau kau boleh menulis apa yang kau tahu lebih dari 300 patah perkataan, dan berjaya disiarkan di EzineArticles.com. Cool! Jika tidak, tangguhkan dulu untuk menulis apa yang kau tidak tahu.
Akhir sekali, jangan takut. Kadang-kadang kita takut orang lain akan mengatakan artikel kita tidak bagus. Pedulikan. Kalau takut, bila nak mula? Sampai bila pun tak boleh berjaya jika tidak melakukan langkah pertama.
——————————————————————————————————————————————–
*Artikel ini ditulis oleh sahabat online saya, Azwan. Kunjungi blog peribadi beliau di awww.zwan.my untuk berkongsi pendapat mengenai blogging, traffic, SEO dan membuat duit di internet. Mana tahu, mungkin ada tips yang boleh membantu menambahkan lagi pendapatan internet anda.
** Untuk tidak ketinggalan dengan tips-tips blogging berguna, subscribe Demamblog.com. Anda akan menerima artikel-artikel mantap terus hangat ke inbox email anda.


